Semua manusia tidak kira agama atau pun pangkat akan berusaha mengelakkan diri dan keluarga daripada mengalami kerugian, kesusahan dan juga kemalangan. Menyedari perlindungan adalah keperluan, ia tidak boleh dipandang ringan oleh setiap anggota masyarakat. Bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya musibah atau tragedi, maka salah satu bentuk perlindungan yang boleh disertai umat islam pada hari ini adalah perlindungan takaful.
Konsep Takaful
Takaful ditakrifkan sebagai persetujuan bersama antara pihak-pihak di mana mereka bersetuju untuk memberi bantuan "material" kepada satu sama lain atau kumpulan, dalam waktu musibah. Perjanjian itu juga menetapkan bahawa setiap pihak hendaklah terlebih dahulu bersetuju mengenai bentuk sumbangan yang akan digunakan kemudian di atas dasar faedah bersama. Skim Takaful memenuhi semangat perundingan Islam (Syariah) yang merupakan gabungan konsep kerjasama, perlindungan dan tanggungjawab yang mereka laksanakan bersama.
Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-
a) Tabarru' dan Mudarabah
b) Wakalah dan Tabarru'.
Takaful juga disediakan untuk semua kaum, agama dan individu yang berminat untuk melabur demi keselamatan dan perlindungan orang yang tersayang.
Kenapa Takaful dan bukan Insurans Konvensional?
1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru'
Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju'alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.
2) Takaful Model Tabarru' dan Mudarabah
Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencaruman meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru'. Pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya. Jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan. Pihak syarikat takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.
Kesimpulannya, perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh insurans konvensional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan apa yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan sama aqad derma (Tabarru') atau (Wakalah).
Berikut pula perbezaan antara konvensional dan takaful dalam bentuk jadual :-
i. Buku Asas Takaful: IBFIM
ii.http://zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=307&Itemid=72
Comments
Post a Comment